Sejak beberapa hari yang lalu Dr menerima banyak surat mengenai pertanyaan-pertanyaan mengenai masalah cinta dan motivasi dikalangan remaja di Malaysia.Dr sarankan jika ada apa-apa lagi soalan untuk Dr jawab tak perlulah hantar-hantar surat.Sila ajukan terus masalah anda di sini.[klik]
~~~~*~~~~
Salam Dr KroNIK,Saya seorang yang dilahirkan berdada kecik.Jadi saya bercadang untuk menjalani pembedahan membesarkan dada saya.Dalam proses pembedahan itu,implan berisi silikon akan dimasukkan ke dalam dada saya.Adakah ia tidak memberi kesan sampingan kepada saya?
Sulaiman Isa,Seksyen 50 Shah Alam Barzakh.
Bai,mati-mati aku ingat kau perempuan tadi.Aku siap simpan niat nak mintak no tepon kau lepas dada kau dah besar nanti.Cilaka.Pergi mampos lah kau.
~~~~*~~~~
Saya merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat milik swasta di ibu negara.Di situ saya berkenalan dengan seorang wanita yang juga bekerja di jabatan yang sama dengan saya.Selepas beberapa tahun kami akhirnya melangsungkan perkahwinan.Sejak peristiwa berjimak di malam pertama,saya menjadi ketagih untuk menjilat ketiak isteri saya.Apa yang membimbangkan saya ialah tentang hukumnya.Adakah ia haram?
Suami Celaru,Kuala Lumpur.
Uh,uh,uh.Sebenarnya ruangan Dr ni hanya menerima pertanyaan dari kalangan remaja sahaja.Tapi untuk tidak menghampakan Dr akan cuba jawab juga soalan saudara Suami Celaru tu ya.Menjilat ketiak isteri,boleh tu boleh.Tapi masam lah sikit.Kau ni pun satu takde benda lain lagi ke kau nak jilat.
~~~~*~~~~
Saya berharap sangat Dr kroNIK dapat membantu saya kali ini.Buat pengetahuan Dr saya merupakan seekor ayam dan sudah baligh.Sebagai makhluk normal,saya tak lari dari perasaan cinta dan ingin dicintai.Saya menjalinkan hubungan cinta dengan rakan sekampung saya.Masalahnya ialah rakan saya itu seekor babi.Saya tak tahu kenapa wujud perasaan cinta pada dia.Saya tau percintaan antara ayam dan babi tak pernah berlaku.Tapi saya sayangkan dia sangat-sangat.Tolonglah saya Dr kroNIK!
Ayam Resah,Kampung Selipar jepun.
Kau pun dah baligh.Dah besar panjang.Kau kan tahu babi tu haram.Tak boleh ke nk jatuh cinta dekat mentadak laut ke,zirafah ke.Malas aku nak jawab soalan kau ni.
~~~~*~~~~
Untuk pengetahuan Dr saya rasa saya ni kacak orangnya.Selalu termimpi-mimpi dikejar pelajar-pelajar perempuan di sekolah.Tapi apa yang menghairankan saya,setiap kali saya upload foto di facebook,tiada seorang pun yang datang like,jauh sekali meninggalkan komen.Dah banyak gambar yang saya upload untuk menarik perhatian mereka.Semuanya gagal.Apa yang harus saya lakukan?
Remaja Kacak,Kuala Nerang.
Masalah sebegini sudah kerap Dr temui.Dr rasa kau perlu photoshop lagi muka kau tu sebelum upload dekat facebook.Dr bukan nak cakap kau hodoh,cuma kau ni bajet kacak je.Tak payah perasan model la,tolong ya jangan upload lagi gambar-gambar hodoh kau tu.Simpan je dalam pendrive takpun hard disk.Tak perlu kongsi dengan dunia.Dr yang hensem ni pun tak tayang gambar hebat doktor dekat facebook.
~~~~*~~~~
Dr kroNIK.saya ada masalah untuk dikongsi dengan Dr dan para pembaca.Kisahnya begini,pada minggu lepas saya ada membeli sekeping CD lucah di petaling street.Pada awalnya gambar dan audio sangat memberangsangkan,tapi pada pertengahan cerita tu,entah kenapa kualitinya tidak memuaskan.Langsung tidak keluar gambar.Apa yang patut saya lakukan untuk mengatasi masalah saya ni ya Dr?Perlu ke saya memulangkan balik CD ni atau membeli yang baru sahaja?Tolong saya Dr kroNIK.
Remaja Nakal,Kuala Lumpur.
Dr kroNIK faham perasaan adik sebab Dr dulu pun pernah mengalami masalah yang sama.Tengah sedap-sedap layan cerita lucah,tak sampai klimax tiba-tiba skrin tv bergelap.Bengang juga Dr bila jadi macam tu.Nasihat Dr,sila patahkan CD yang adik beli tu.Kemudian pergi ke Cyber Cafe yang terdekat.Adik download je kat internet.
~~~~*~~~~
Dr kroNIK pertama sekali saya ingin meminta maaf jika kehadiran surat saya ini mengganggu Dr.Tapi saya berharap sangat Dr dapat menyelesaikan masalah saya ni.Sudah lama terbuku dan saya rasa saya patut suarakan di sini.Begini,saya seorang pelajar perempuan di tingkatan 5 di sebuah sekolah di selatan tanah air.Apa yang meresahkan saya ialah setiap kali saya ke sekolah saya akan dimarahi oleh cikgu-cikgu dan pengetua sekolah saya disebabkan saya bertudung.Malah rakan-rakan saya semua memulaukan saya.Tolong saya Dr,apa yang perlu saya buat?Disamping itu saya kepilkan sekali gambar saya.
Gadis Bertudung,Mersing.
Memakai tudung dan menutup aurat merupakan satu kewajipan bagi kita umat Islam.Dr nasihatkan sebelum adik pergi ke sekolah,adik tinggalkan dulu kebodohan adik tu dekat rumah.Bebal apa adik ni pergi sekolah pakai tudung periuk.Kalau Dr jadi rakan-rakan adik bukan setakat pulau,Dr benuakan terus adik ni.
~~~~*~~~~
Hello Dr kroNIK,saya seorang pelajar perempuan di sebuah kolej swasta di tahun kedua.Beberapa bulan yang lalu kelas saya ada menerima seorang pensyarah lelaki yang baru.Dan sejak pensyarah itu mula mengajar di kelas saya,saya rasa seolah-olah saya sudah jatuh hati kepada beliau.Tapi apa yang meresahkan saya ialah rakan saya juga ada menyimpan perasaan pada pensyarah yang sama.Apa yang perlu saya buat ya Dr?Perlukah saya melupakan hasrat untuk mencintai pensyarah itu dengan memberi laluan kepada rakan saya bagi menjaga persahabatan kami?
Melah Binti Endut,Rahsia.
Dr faham dengan masalah kau.Jatuh cinta pada pensyarah sendiri memang sangat mencabar.Apa yang menarik sangat pensyarah kau tu sampaikan kawan kau pun tergilakan dia?Apa kurangnya Dr?Hape tak cukup hensem ke Dr ni?
~~~~*~~~~
Assalamualaikum Dr kroNIK,banyak majalah dan ruangan serta blog saya dah baca tapi ruangan di blog Dr kroNIK sahaja yang menarik perhatian saya.Saya merupakan pelajar popular di universiti saya.Saya dilahirkan sekacak-kacak makhluk dan sangat cute disamping baik hati.Apa yang merungsingkan saya ialah ramai pelajar-pelajar perempuan berebut-rebut memikat saya.Disebabkan itu berlaku pergaduhan dikalangan pelajar-pelajar perempuan di universiti saya sehinggakan mencetus keadaan huru hara.Tolong saya Dr,apa yang harus saya buat?Kadang-kadang saya rasa bersalah dilahirkan kacak.
Jejaka Kacak,UM.
Waalaikumusalam,ya Dr tahu apa perasaannya menjadi makhluk kacak ni.Sebab Dr pun melalui situasi yang sama juga macam saudara.Sampaikan ada yang kemalangan bila melihat Dr memandu kereta di sebelah EX5 buruk mereka.Dr sarankan saudara memakai topeng putih macam topeng yang Dr pakai ni.
~~~~*~~~~
Saya adalah bekas finalis Contest Hot and Cute Icon di facebook,sejak membaca TIPS DIROGOL dari Dr Luv a.k.a Dr kroNIK saya menjadi begitu kagum dengan keterampilan Dr dalam memberi nasihat dan menyelesaikan masalah-masalah remaja di Malaysia.Jujur saya katakan saya telah menjadikan Dr kroNIK sebagai idola saya.Saya juga ada menyimpan keinginan untuk menjadi girlfriend Dr kalau Dr sudi menerima saya.
Finalis Contest Hot and Cute Icon,Kuantan.
Pertama kali Dr ucapkan terima kasih kerana memuji Dr dan menjadikan Dr sebagai idola.Pasal lamaran saudari untuk menjadi girlfriend Dr tu,Dr akan pertimbangkan nanti.Dr tengah cari alasan untuk mintak putus dengan awek Dr ni.
Pertama kali Dr ucapkan terima kasih kerana memuji Dr dan menjadikan Dr sebagai idola.Pasal lamaran saudari untuk menjadi girlfriend Dr tu,Dr akan pertimbangkan nanti.Dr tengah cari alasan untuk mintak putus dengan awek Dr ni.
~~~~*~~~~
Akum Dr kroNIK,pada bulan januari tahun ini saya baru sahaja menjejakkan kaki ke tingkatan satu.Dan pada awal bulan februari yang lalu,saya mengalami pendarahan di bahagian kemaluan.Saya ingin meminta pendapat Dr tuala wanita jenis apakah yang sesuai dipakai untuk remaja yang baru baligh seperti saya ini?
Dara 99,Bukit Kemuning.
Adik,Dr nasihatkan jangan menggunakan perkataan “akum” untuk memberi salam kerana dalam bahasa yahudi ia memberi maksud yang kurang sopan.Mengenai masalah pendarahan yang adik alami tu,Dr syorkan adik tampal sahaja kemaluan adik dengan “handy plast” atau plaster berubat.
~~~~*~~~~
:: Segala yang tercatat disini cuma imaginasi penulis sahaja.Yang request suruh review blog tu sabar ya.Kalau nak suruh guwa review cepat-cepat sila copy entri ni lepas tu link kan ke blog guwa...then,guwa review.ekekeke ::



47 comments:
hahaha .. asyik2 buat lawak , hihi
haha..nanti buat cm tu lah.. copy entry ni pastu link kat sini..haha..
sengal yang gadis bertudung tu.. kalau aku memang dah pulaukan terus.. ada pakai tudung periuk pergi sekiolah..haha
hahhaha bongek...
hahahha bongek...
hahaha, penat aku ketawa..
lawak gila lah entri ni ^^
kau bangang jad
mmg sengal
bab cd lucah tu aku tak stuju 100%
jgn rosakkan bebudak y bace
aishhh
menyampah baca jawapan2..die
lucah wei,lucahh,, agaagaa..
ko jgn trime plwaan minah tu,karang aku sangkut ko belakang pintu jmban,,
haha , oke . sengal , naseb ada moral story jugak even lucah . haha :P
salam aduh lawa habis.. soalan logik tp jawapan kelakar habis..dah follow..
adess laaa!
kronikk betulll.
hahaa.
Hahahahhahahhahahahhahahahhahahhahahhahahahahahhahahha....
Dr2... Saya ada masalah neyh.. Bila baca entry Dr jew tros taleyh benti gelak.. Terkentut2 dah neyh hah... kikikiki
Nice one bro! :)
Atoiii. Dokte. Lh knalan dak? Ahahaha
hahaha..kalau tudung periuk aku pun gelak..bukan kawaan sekolah dia jer..hahaha
Regards,
-Strider-
terdiam.. so, tertulis jelah..
semua sekali xboleh blahh..hahaha :p
ok, aku mngaku aku ngah tahan nak gelak sorg2 :)
paling xleh blah 2 ayam resah r..haha
kegilaan apakah yg ko bwk ni ha ejad??!!! tak pepasal gelak n sengih sensorang mcm kuda kepang kt opis ni.. bos siap nk anta g tanjung rambutan..
part CD lucah tu, jgnla merosakkn bebudak. klu ko dh donlod, share je kt dia.. pastu psl ayam dgn babi tu, mereka xslh sbb cinta tu kan anugerah.. muahahahaha...
mereng palawotak aku
Dr, saya ada satu masalah. Saya rasa saya dah jatuh hati dekat blog Dr. Adakah ini perasaan semulajadi ataupun hanyalah sumpahan kum kum sahaja? saya rasa sehari kalau tak baca blog Dr, ketiak saya akan gatal-gatal dan minta dicabut bulunya. Maafkan saya Dr. Dr, tolong beri saya ubat untuk mengatasi masalah ini.
Bibier ak Edward, Taman Garu Sedap
Dr ni mmg macam2~~~
ni dr grad U mana ni..hehe :p
hahahah
sengal kejap baca entry..tersimpu sotong haku dibuatnya..
macam-macam kerenah ye??
bapak sengal dr nie...errkkk dr sy nk jd aweks dr bleh??ekeke
klakar sgt soklan n jawapan last skali tuh..hak2..
semput bace entry die nih hahaha XD
btw dah follow awok balik.. :)
hehee...penat gelak...
cara ulasan tu..haha..bisa gelak dibuatnya..hehe
pergh!sumpah penat kan nak jawab segala soalan neh?hewhew~~nest time saya plak nak tanya XD
Tak lawak langsung.
hahaha. maria ozawa tuh pakai tudung periuk
cari alasan nak minta putus? hahaha xD semput den nk gelak xD
huhuhu...xmiss satu ayat pun bace nih..mmg kronik ar dr nih:P
haha sengel betol laa .
kehkehkehkeh..
nak kata sengal pun ya. nak kata lawak pun ya..
hahaha
ahhhh mencik!!!
Dr. bhai...huhu...
asl tak jawab kat ayam tu..
"kau kan binatang,,apa ada hal..buat hubungan intim pon boleh...tp keturunan kau tak laku la...hew hew :3
hahaha ! sengal gile kau nie !
hahaha.. kelakar gile.. soklan ntah pape ja.. btw, nice =)
salam Dr yang kacak dan comel (bajet comel sebenarnya!.#hahaha).saya ada satu masalah yang tidaklah kecil,tidak juga besar...masalah saya,mengapakah saya tergelak-gelak membaca entry ini?.biarpun ianya menuntut saya untuk sroll ke bawah sampai pengsan,saya tetap buat.mengapakah masalah ini terjadi?.
yang ingin kepastian;
cik pasti.
#hahahaha XD
dear Dr, Kronik yang ensom. Sungguh Kronik pesakit-pesakit yg membuat pertanyaan itu dan lebih kronik lagi jawapan dari dr. kronik.. saya harap si Ayam itu akan bahagia juga kan dlm madagasca badak sembu bercinta dengan zirafah :)
baca smpi pening,,ehehe,,alamak ingtkan jd 1515 td,,huhu
igtkn soal jwb betul2 td..ceh kronik betul pesakit Dr ni haha..Dr pun sama naik..miang haha :D
ado joo idea kau eh mirr,,,ahahhaaa
aduh,,kena cuci dgn pluntur otak ni...
huhu....suka buat lawak
lawakkkkkkkkkkkkkkkkkk gilaaaaaaaaaaa...ape pnya soalan da...hikhikhikhik =.=''
Post a Comment